Sambut merdeka dengan mendaki Bukit Jugra

Sambut merdeka dengan mendaki Bukit Jugra

Ahli-ahli Yadim bergambar di kaki Bukit Jugra selepas mendaki sempena sambutan bulan kemerdekaan pagi semalalm. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kira-kira 70 ahli pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Selangor menyertai program sambutan bulan kemerdekaan dengan mendaki Bukit Jugra semalam.

Menurut wakil penganjur, Mohammad Asrin Ishak, program tersebut diadakan bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-65 dalam suasana endemik Covid-19.

“Program ini disertai 80 ahli-ahli Yadim tiga daerah dan orang perseorangan dengan tujuan beriadah dan meraikan Hari Kebangsaan yang sudah dua tahun tidak disambut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.

“Kesemua peserta dalam kalangan veteran dan orang muda memulakan langkah seawal pukul 8 pagi menuju puncak Bukit Jugra sambil membawa Jalur Gemilang. Program sebegini mendidik kita erti jerih-perih generasi terdahulu berjuang memastikan penjajah tidak sewenang-wenangnya menduduki bumi bertuah ini,” katanya selepas program tersebut.

Mohammad Asrin yang juga Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang berkata, di samping meraikan sambutan kemerdekaan di Bukit Jugra kesemua peserta turut menyertai program menyantuni masyarakat Orang Asli di Pulau Carey.

Katanya lagi, program bersifat ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli tersebut diadakan bagi mendedahkan ahli Yadim luar Kuala Langat dengan budaya komuniti setempat di samping menghulurkan bantuan barang makanan.

“Program yang dianjurkan diharap dapat diteruskan pada masa depan bagi memastikan ukhuwah antara ahli Yadim dan lain-lain pertubuhan kebajikan terus erat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya