RUU Sumbangan Politik dibentang Oktober 

RUU Sumbangan Politik dibentang Oktober 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang Sumbangan Politik dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Oktober ini, selepas beberapa aspek perundangan dan dasar diteliti secara mendalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri dijangka dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada September ini bagi membolehkan RUU dibentang di Parlimen. 

Katanya, beliau bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal 

Ehwal Undang-undang, JPM (BHEUU, JPM) mengadakan mesyuarat berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik, semalam. 

“Antara perkara dasar penting yang dibincangkan adalah berhubung dengan penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini. 

“Saya juga mengarahkan GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar ini dan pihak BHEUU dan AGC menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh yang diberikan pihak CSO dan NGO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Wan Junaidi berkata, selain itu, analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini. 

Beliau juga menyarankan undang-undang ini diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Draf RUU disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC. Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya