Remaja tunggang motor aksi Superman ditahan

Remaja tunggang motor aksi Superman ditahan

TANGKAP layar daripada video menunjukkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi Superman sebelum ditahan di LPT I, Kemaman, Terengganu, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ membawa padah apabila ditahan polis di Plaza Tol Jabor, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)  1, dekat sini, semalam.  

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata,  lelaki tersebut yang menunggang motosikal Honda jenis EX5 melakukan aksi Superman dengan menundukkan kepala selari dengan meter sebelum ditahan pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, penunggang tersebut juga melakukan aksi zig zag dari lorong kanan jalan dan lorong kiri jalan secara berulang-kali sejauh dua kilometer dari kilometer 248 hingga kilometer 250 di lebuh raya tersebut.

“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti, namun lelaki itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, anggota polis mengekori suspek ke Plaza Tol Jabor,  namun suspek kemudiannya bertindak membuat pusingan U dengan melawan arus ke Kuantan,  Pahang sebelum sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabor.  

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka didagu,” katanya. 

Hanyan berkata, suspek yang berasal dari Jengka, Pahang itu kemudiannya berjaya ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Ujian urin ke atas suspek mendapati dia negatif dadah,” katanya.  

Terdahulu,  tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebuah video berdurasi 20 saat mengenai aksi remaja tersebut yang sedang melakukan aksi merbahaya itu tanpa menyedari dia diekori polis meskipun pihak polis telah membunyikan siren. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya