Remaja lelaki 17 tahun maut digilis lori - Utusan Malaysia

Remaja lelaki 17 tahun maut digilis lori

KEADAAN mayat remaja yang digilis lori muatan batu berhampiran Kampung Kepayang, Jalan Gopeng-Simpang Pulai di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang remaja lelaki maut digilis lori membawa muatan batu berhampiran Kampung Kepayang, Jalan Gopeng-Simpang Pulai di sini hari ini.

Kejadian pukul 11.50 pagi itu mengorbankan, Farhan Iqbal Fahid Nazrul, 17, yang menunggang motosikal Yamaha Y150.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan.

Menurut jurucakap itu, setibanya di lokasi, mangsa yang cedera parah berada di bawah sebelah kiri kenderaan berat tersebut.

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tujuh minit. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN