Rayuan akhir Najib: Keputusan hari ini?

Rayuan akhir Najib: Keputusan hari ini?

Hisyam Teh Poh Teik ketika hadir pada hari keempat perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Mahkamah boleh terus buat keputusan (hari ini), tetapi saya harap mereka tidak buat begitu.”

Itu kenyataan peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik ketika disoal media mengenai situasi yang boleh berlaku pada prosiding hari ini sekiranya pihaknya masih enggan membuat hujahan.

Semalam, pihak pembelaan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat sebarang hujahan dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu yang mula didengar secara rasmi semalam.

`Keengganan’ Hisyam untuk berbuat demikian boleh dianggap sebagai `protes’ selepas permohonannya untuk menangguhkan kes itu ditolak oleh panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Jangkaan bahawa mahkamah boleh membuat keputusan hari ini turut disahkan oleh salah seorang ahli pihak pendakwaan namun memandangkan rayuan ini membabitkan kes jenyah, berkemungkinan panel tidak mengambil tindakan sedemikian.

“Panel perlu meneliti segala alasan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sewaktu mengesahkan sabitan, hukuman dan penalti yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah boleh berbuat demikian (membuat keputusan terus) namun saya tidak fikir begitu. Mahkamah memerlukan masa sebelum berbuat demikian,”katanya.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya