rasuah: Suami isteri ditahan salah guna kedudukan

Suami isteri ditahan salah guna kedudukan bagi kerja penilaian lebih RM445,000

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalah guna kedudukan bagi kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor.

Penahanan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 1 petang ini.

Satu sumber mendedahkan, wanita terbabit yang berkhidmat sebagai pengarah di sebuah majlis perbandaran menggunakan kedudukannya dengan mempelawa syarikat yang mana suaminya mempunyai kepentingan melakukan kerja penilaian berkenaan.

Kata beliau, wanita itu dipercayai menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta bagi melakukan kerja penilaian membabitkan nilai keseluruhan lebih RM445,000.

“Perbuatan itu dilakukan pada 2019 sehingga 2020,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya