Raja Muda Perlis seru rakyat kekal perpaduan

Raja Muda Perlis seru rakyat kekal perpaduan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs dan barangan keperluan asas sumbangan GAMBI dalam program yang berlangsung di Masjid Nurul Al-Maghfirah, Kepala Batas Sanglang, Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh rakyat agar dapat bersama-sama mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Titah baginda, integrasi kaum, budaya dan kesetiaan yang telah sedia terjalin perlu sentiasa dikekalkan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

“Semangat perpaduan yang terjalin sejak sekian lama perlu dipertahankan,” titah baginda selepas Program Santuni 50 Buah Keluarga Asnaf Negeri Perlis di Masjid Nurul Al-Maghfirah, Kepala Batas Sanglang hari ini.

Program tersebut dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Gabungan Anak Muda Bukit Idaman (GAMBI) Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdahulu, keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin disambut Pengerusi GAMBI, Md Zuhaidi Hashim,  Setiausaha GAMBI, Muhammad Izzat Adzmey dan Duta GAMBI, imam muda ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi bersama para sukarelawannya.

Menerusi program yang disekalikan dengan Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-58 itu, baginda turut berkenan menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs dan set barangan keperluan asas sumbangan GAMBI.

Penganjuran program ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti bulanan pertubuhan itu yang dijenamakan sebagai GAMBI Jelajah Malaysia dalam siri menyantuni keluarga asnaf di luar Selangor dan Kuala Lumpur. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN