PSB terperanjat dengan dua pendirian ADUN Batu Lintang

PSB terperanjat dengan dua pendirian ADUN Batu Lintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) terkejut dengan dua pendirian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How selepas beliau mengisythar keluar meninggalkan PSB.

Dua pendirian beliau itu ialah beliau akan “mesra” dengan kedua-dua Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti pembangkang yang lain setelah keluar dari PSB dan menjadi ADUN bebas.

“Kenyataan beliau itu mengejutkan kami dengan mengambil kira latar belakang beliau. Sepanjang hayat politiknya Chee Hua telah menjadi ahli politik pembangkang. Beliau bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan selepas itu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Selepas dipecat oleh PKR, beliau memutuskan untuk menyertai PSB dengan menyatakan bahawa beliau telah berfikir panjang dan beliau merasakan bahawa visi dan cita-cita PSB sepadan dengan dirinya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, apa yang mengejutkan ialah Chee How telah memilih untuk menjadi ADUN bebas dan telah mengisytiharkan bahawa beliau akan “mesra” kepada GPS yang beliau lawan dalam semua pilihan raya yang lalu, yang terbaharu sebagai calon yang dicalonkan dan disokong oleh PSB.

“Kita juga mesti melahirkan rasa terkejut yang amat mendalam kerana Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan seorang ahli GPS perlu mengadakan sidang media pada hari Ahad untuk mengumumkan peletakan jawatan Chee How dari PSB.

“Speaker DUN menganggap peletakan jawatan Chee How sangat penting sehinggakan terpaksa mengadakan sidang media pada hari Ahad sebelum Chee How sendiri mengadakan sidang medianya” jelasnya.

Kenyataan itu berkata, dalam kempennya untuk kawasan Batu Lintang pada pilihan raya negeri (PRU) Disember lalu, Chee How disokong oleh PSB dan jentera serta ahlinya termasuk sokongan kewangan dan bukan kewangan.

“Dia menang dengan manjoriti tipis kurang daripada 100 undi. Dia menang sebagai calon PSB dan bukan sebagai calon bebas. Beliau menjadi ADUN hari ini kerana PSB,” tegasnya.

PSB menganggap tindakan Chee How keluar dari PSB sejurus selepas PRU atas alasan yang kononnya mahu lari daripada “politik berparti” bertentangan dengan kepercayaan beliau.

Katanya, jika See How begitu ingin menentang “politik berparti”, mengapa tidak meletakkan jawatan daripada PSB sebelum PRU dan bertanding sebagai calon bebas?

PSB turut mempersoalkan tindakan See How jika dia gembira berada dalam PSB sebelum dan semasa PRU, mengapa tiba-tiba memutuskan bahawa dia tidak mahu ada kaitan dengan “parti politik” sejurus selepas dia memenangi kerusi itu atas tiket PSB.

“Kita tinggalkan itu kebijaksanaan dan pertimbangan rakyat Sarawak,” katanya.

Kenyataan itu juga menegaskan Chee How telah menandatangani ikrar bertulis tidak akan keluar dari PSB sekiranya memenangi kerusi sebagai calon PSB dan sekiranya bertindak sedemikian beliau akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Batu Lintang.

“See How ialah seorang peguam kanan dan berpengalaman dan dia tahu apa yang ditandatanganinya apabila ditawarkan peluang menjadi calon PSB.

“Beliau dengan rela hati menandatangani dan tiada paksaan terhadap See Hua atau mana-mana calon lain untuk menandatangani aku janji dan perjanjian,” katanya.

Sebab itu, katanya, presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh telah menyeru See How meletakkan jawatan sebagai ADUN supaya pilihan raya kecil dapat diadakan, sesuai dengan ikrar Chee How yang diberikan kepada PSB.

“Aliran pemikiran dan sentimen semasa di Malaysia ialah pengundi sudah bosan dengan calon yang berjaya meninggalkan parti mereka selepas pilihan raya dan ini menyebabkan undang-undang anti lompat parti persekutuan diluluskan.

“Jika Chee How merasakan beliau boleh dan masih boleh memenangi kerusi DUN Batu Lintang sebagai calon bebas, maka inilah masa dan peluang untuk beliau membuktikan dirinya.

“Beliau harus bertindak secara terhormat dan menyerahkan dirinya kepada pengundi Batu Lintang dalam pilihan raya kecil,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya