PRU15: Tiada keperluan tampil muka baharu di Padang Besar

PRU15: Tiada keperluan tampil muka baharu di Padang Besar

ZAHIDI Zainul Abidin (tiga dari kanan) membuat penyerahan bendera kepada barisan ADUN sewaktu Majlis Perasmian Karnival Merdeka Keluarga Malaysia@Padang Besar di Kampus Uniciti Alam Sungai Chuchuh Unimap di Padang Besar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: UMNO Padang Besar menyifatkan tiada keperluan parti itu menampilkan calon muka baharu bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, hal demikian kerana semua kerusi di bawah Parlimen berkenaan menang dengan cemerlang pada PRU14 dan calon-calon yang menang itu dikekalkan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, calon-calon muka baharu itu mungkin boleh diketengahkan di sesetengah kawasan yang kalah dalam PRU14 lalu sama ada di Arau dan Kangar.

“UMNO sememangnya akan menampilkan calon baharu pada PRU15 namun ia berkemungkinan melibatkan kawasan lain dan bukannya di Padang Besar. Calon muka baharu itu ada tapi kemungkinan besar di Kangar atau Arau dan mana-mana kawasan kalah pada PRU14,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Merdeka Keluarga Malaysia@Padang Besar di Kampus Uniciti Alam Sungai Chuchuh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini.

Dalam PRU14, Barisan Nasional (BN) menyapu bersih kesemua lima kerusi DUN dan Parlimen di Padang Besar berbanding Arau yang kalah dua kerusi manakala Kangar, tewas teruk iaitu empat kerusi.

Kerusi yang BN tewas itu masing-masing di DUN Guar Sanji dan Sanglang selain Parlimen Kangar serta DUN Kuala Perlis, Sena dan Indera Kayangan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN), Zahidi berkata, buat masa ini, UMNO Bahagian Padang Besar akan bergerak solo sebagaimana ketetapan parti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya