PRU15: Pemuda UMNO Johor serah senarai calon dalam waktu terdekat

PRU15: Pemuda UMNO Johor serah senarai calon dalam waktu terdekat

MOHD. HAIRI MAD SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor akan menyerahkan senarai nama calon untuk mewakili pergerakan itu kepada pucuk pimpinan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, senarai cadangan nama tersebut diserahkan dalam masa terdekat dan dibincangkan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Menurutnya, tarikh untuk serahan senarai nama calon juga sudah ditetapkan, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

“Siapa calon dan kerusi mana itu masih lagi dalam penilaian, kita akan letak nama terbaik, kepemimpinan peringkat Pusat juga sudah meminta saya menamakan calon-calon dan nama-namanya juga berlegar dalam fikiran saya.

“Apabila sampai masa menyampaikan watikah calon itulah nama yang akan saya berikan kepada Presiden parti. Ya (tarikh serahan nama calon) sudah ada, tetapi bila itu biarlah rahsia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pra-pelancaran FIJO 2022 di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut berseloroh dengan bertanya kepada wakil media apakah PRU15 sudah hampir kerana bertanyakan soalan seumpama itu.

“Macam sudah tidak lama lagi je (PRU15) tanya-tanya ni, macam sudah tahu-tahu je,” selorohnya.

Pada 29 Julai lalu, Hasni membayangkan BN Johor akan meletakkan kira-kira 70 peratus calon muka baharu dalam PRU15 di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya