KUANTAN: Kerjasama antara Pas dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dibuat secara menyeluruh di seluruh negara. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama itu perlu dibuat dalam kerangka menyeluruh dan bukan di negeri tertentu sahaja. Beliau bagaimanapun berkata, Pas sentiasa terbuka kepada penyatuan ummah dan melihat kepada keperluan bahawa tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia…