PRU-15, calon muda perlu ditambah

PRU-15, calon muda perlu ditambah

ARTHUR KURUP dan ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perubahan landskap politik negara memerlukan parti-parti politik mengetengahkan calon muda dan berpengalaman jika ingin memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Kurup berkata, tidak boleh hanya ketengahkan calon berpengalaman tanpa gabungan calon muda.

Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pensiangan itu berharap nisbah calon muda dalam Barisan Nasional (BN) akan bertambah pada PRU-15 bagi membolehkan idea-idea yang lebih segar dibawa ke dalam parti.

Sementara itu, Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan) Isnaraissah Munirah Majilis berkata, sebagai ahli Parlimen paling muda dalam Warisan, beliau memang ingin melihat lebih ramai calon muda diketengahkan pada PRU-15.

Namun, dalam meletakkan lebih ramai calon muda, faktor seperti integriti dan kredibiliti calon perlu diambil kira dan individu itu perlu bebas daripada legasi dan amalan politik lama.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, parti-parti politik tidak boleh meletakkan bebanan dibahu calon muda semata-mata, tertuama untuk bertanding di kerusi yang sukar dimenangi.

Itu sebabnya perlu ada keseimbangan bagi meletakkan calon. Tiada makna meletakkan calon berpengalaman namun pada akhirnya calon itu kalah.

“Begitu juga calon muda, jika mereka tiada faktor ‘pasti menang’ maka, sukar untuk parti mengambil risiko meletakkan calon muda kerana sasaran setiap parti adalah memenangi sebanyak mana kerusi yang boleh.

“Paling penting adalah memilih calon yang disukai dan dikehendaki oleh masyarakat di kawasan ditandingi,” katanya.

Menurut beliau, negara ini memerlukan pimpinan muda yang tidak terperangkap dalam kerangka perkauman dan agama seperti amalan politik lama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya