KUALA TERENGGANU : Hasil jualan program khas jualan terus dari ladang Keluarga Malaysia di negeri ini mencecah RM1 juta sejak diadakan 4 Jun lalu.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Nukman Hashim berkata, jumlah tersebut adalah hasil daripada 44 program yang diadakan di seluruh negeri sepanjang tempoh itu.
“Hampir 45,000 pengunjung telah hadir ke semua program itu untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian asas dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
“Penganjuran program ini juga secara keseluruhannya berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak 10 peratus atau RM100,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program khas jualan terus dari ladang Keluarga Malaysia di Masjid Kubang Ikan di sini, hari ini.
Nukman berkata, sebanyak 120 program khas jualan itu akan dilaksanakan di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negeri di sehingga Disember terutama
Mengulas lanjut, menurutnya, lebih 714 usahawan tani telah terlibat dalam program jkhas jualan berkenaan tanpa sebarang caj dikenakan oleh pihak FAMA Terengganu.
“Kita juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk berkolaborasi menganjurkan program tetsebut di kawasan mereka seperti wakil rakyat, pengurusan masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.- UTUSAN










