Presiden PSB kesal tindakan See How keluar parti

Presiden PSB kesal tindakan See How keluar parti

SEE CHEE HOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) amat kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How keluar dari parti berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Wong Soon Koh hari ini, mengesah PSB telah menerima surat daripada See How memaklumkan tindakannya untuk keluar meninggalkan PSB.

Pada PRN ke-12 Disember lalu, Chee How memenangi kerusi Batu Lintang dengan majoriti 93 undi dalam pertembungan lima penjuru melawan Sih Hua Tong (GPS), Cherishe Ng (PKR), Voon Lee Shan (PBK) dan Alex Leong (Aspirasi).

Wong berkata Chee How sepatutnya menyedari sepenuhnya sokongan dan sumber yang diberikan oleh PSB serta penyokong PSB kepadanya sehingga berjays memenangi kerusi Batu Lintang semasa pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Selain itu, katanya, See How juga menyedari sepenuhnya komitmen lisan dan bertulis yang telah beliau berikan kepada PSB sebelum beliau dipilih menjadi calon PSB di kawasan Batu Lintang.

“Ini termasuk akujanji untuk membayar pampasan kepada parti jika beliau memilih untuk keluar parti selepas memenangi kerusi sebagai calon PSB.

“Ia juga termasuk aku janji untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri jika beliau meletakkan jawatan daripada PSB selepas memenangi kerusi berkenaan,” katanya.

Wong menambah See sebagai seorang peguam tentu tahu apa yang beliau komited secara bertulis sebelum beliau diberikan surat watika untuk mewakili PSB pada PRN yang lalu.

Dari segi prinsip, Wong berkata PSB akan memanfaatkan semua tindakan dan remedi yang perlu berkenaan dengan komitmen yang dibuat oleh Chee How.

Chee How sah meninggalkan PSB berkuat kuasa Jumaat lalu, menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak, tindakan yanf sekali gus mengurangkan kerusi pembangkang kepada lima di DUN Sarawak.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dalam sidang media hari ini (Ahad) berkata beliau telah menerima surat daripada Chee How pada hari Jumaat lalu yang menyatakan beliau (Chee How) telah meletak jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta merta.

Dengan peletakan jawatan beliau sebagai ahli PSB maka kedudukan keahlian parti-parti di DUN Sarawak adalah GPS 76 kerusi, PSB tiga kerusi, DAP dua kerusi, dan Bebas satu kerusi.

Menurut Asfia, Chee How bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang alasan mengenai tindakannya keluar parti tersebut dan dalam masa sama menegaskan ADUN Batu Lintang itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.

Asfia menyifatkan Chee How seorang yang peribadinya disenangi, cemerlang dan cekap dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Beliau bijak dalam membentangkan pandangan dan pendapat di dewan.

“Beliau juga salah seorang ahli jawatankuasa perundingan dalam menasihati dewan mengenai MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).

“Saya doakan yang terbaik baginya dan saya yakin beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli DUN dan menyumbang kepada kawasannya dan Sarawak secara amnya,” tambah Asfia.

Menurut Asfia, pihaknya akan mengambil tindakan menyusun semula kedudukan barisan pembangkang yang mana ahli bebas itu tidak akan duduk bersama pembangkang di dalam DUN.

Dalam perkembangan berkaitan, Asfia berkata persidangan DUN Sarawak yang seterusnya akan diadakan pada November depan iaitu selepas selesai pembentangan Belanjawan Negara. –UTUSAN

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya