Polis tahan 11 pekerja asing merusuh

Polis tahan 11 pekerja asing merusuh

TANGKAP layar video yang tular memaparkan sekumpulan pekerja asing bergaduh di kawasan perindustrian Senai, Johor, 27 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis menahan seramai 11 pekerja asing kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan menggunakan senjata di depan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, dekat sini pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Tok Beng Yeow memberitahu, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 33 tahun itu ditahan pada 29 Julai lalu.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari hingga esok.

“Polis menerima aduan awam memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing dengan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan akibat ditikam di bahagian belakang badan.

“Serbuan kemudian dijalankan bermula pukul 12.05 tengah malam hingga pukul 2 pagi dan menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dengan seorang daripada mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Beng Yeow berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

“Mangsa seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri menerusi talian 017-7078577. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.