Polis siasat kes fitnah babit Amar Singh

Polis siasat kes fitnah babit Amar Singh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan polis berhubung kes fitnah dalam laman sosial membabitkan seorang individu yang dimuat naik di sebuah portal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan itu dimulakan selepas satu laporan polis dibuat mengenai sebuah portal kira-kira pukul 3.o2 petang ini.

Kata beliau, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihati orang ramai tidak terlibat sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dan sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Kuala Lumpur di Talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.