PM rakam takziah kepada keluarga jurulatih penerbangan

PM rakam takziah kepada keluarga jurulatih penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal yang maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Ipoh, Perak, semalam.

Ismail Sabri berkata, beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham supaya tabah menghadapi berita kehilangan itu.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mendoakan agar seorang lagi mangsa nahas, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin yang mengalami kecederaan agar segera pulih daripada kecederaan yang dialami.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.10 malam itu, pesawat tersebut dilaporkan terhempas dalam kawasan rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Umur maut iaitu Fajim Juffa berumur 52 manakala rakannya, Muhammad Din Fikri, 62.

Muhammad Din Fikri yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis PIPER 28 yang terhempas di lokasi kejadian.

Katanya, difahamkan pesawat tersebut berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya