PKR Pulau Pinang umum MPN Keadilan negeri

PKR Pulau Pinang umum MPN Keadilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: PKR Pulau Pinang mengumumkan pelantikan kepimpinan utama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang bagi membela nasib serta mengangkat martabat rakyat negeri itu.

Ketua Penerangan MPN Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, selepas perundingan dengan semua Ketua Cabang Keadilan negeri dalam beberapa siri mesyuarat berkaitan, Pengerusi MPN Keadilan Pulau Pinang yang baharu Nurul Izzah Anwar telah menetapkan pelantikan kepimpinan utama MPN Keadilan bagi negeri itu.

”Pelantikan ini telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Biro Politik dan Presiden Keadilan  dengan Pengerusi MPN Keadilan Pulau Pinang semalam.

“Keadilan Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dan selamat berkhidmat demi perjuangan membela nasib serta mengangkat martabat rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara yang dilantik ialah Timbalan Pengerusi, Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Rundingan Kerusi dan Strategi); Naib Pengerusi, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Manifesto dan Dasar); Goh Choon Aik (Penerangan dan Mobilasi) dan A. Kumaresan  (Komunikasi).

”Turut dilantik ialah Datuk Zulkefly Saad (Setiausaha); Datuk Francis Joseph (Bendahari) dan Ahmad Rizal Abdul Hamid (Timbalan Bendahari),” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, bagi Lembaga Disiplin dipengerusikan oleh Datuk Dr. Amar Pritpal Abdullah manakala Timbalan Pengerusi adalah Mohd. Tuah Ismail.

”Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri pula dipengerusikan oleh Datuk Zulkefly Saad manakala Timbalan Pengerusi ialah Zulkifli Mohamed.

“Bagi Pengarah Strategi ia diketuai oleh Gooi Hsiao Leung manakala Timbalannya ialah Ahmad Azrizal Tahir.

”Jawatan Ketua Wanita Negeri diisi oleh Nurhidayah Che Rose dan Ketua AMK negeri pula ialaj Muhammad Fadzli Roslan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN