Pesawat ringan terhempas: Jurulatih penerbangan maut, rakan parah

Pesawat ringan terhempas: Jurulatih penerbangan maut, rakan parah

KEADAAN pesawat ringan yang terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, Perak, malam tadi. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini, malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.

Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis PIPER 28 yang terhempas di lokasi kejadian.

Katanya, difahamkan pesawat tersebut berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian membawa keluar mangsa pertama pada pukul 9.25 malam manakala mangsa yang maut pula dikeluarkan 10 minit kemudian.

“Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga kedua-dua mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor dan Bukti Damansara, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya