IPOH: Sebuah pesawat ringan dipercayai dinaiki dua individu terhempas di Jalan Dr. Nazrin Shah- Sungai Rokam di sini.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 8 malam tadi.
Difahamkan kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa dalam pesawat itu sedang dijalankan oleh pihak bomba. – UTUSAN