Perkeso bantu bekas staf Utusan Melayu

Perkeso bantu bekas staf Utusan Melayu

JAMALUDIN Yusoff (duduk) bergambar bersama Ismail Hashim ketika menerima kunjungan Perkeso di rumahnya di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. – FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Bekas kakita­ngan Utusan Melayu (M) Berhad, Jamaludin Yusoff yang menghidap penyakit strok bakal menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seumur hidup mulai bulan hadapan.

Beliau yang pernah berkhid­mat sebagai Polis Bantuan di syarikat penerbitan akhbar itu melahirkan rasa syukur apabila menerima bantuan tersebut bagi menampung perbelanjaan rawatannya.

“Anggota badan sebelah ka­nan tak boleh bergerak setelah mengalami serangan strok pada tahun lalu. Jadi setiap bulan, saya terpaksa berbelanja RM790 setiap bulan bagi rawatan fisio­terapi di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan.

“Ini tidak termasuk per­be­lanjaan pembelian lampin dan minuman susu khas, dengan dua bahan itu saya belanja RM200 sebulan,” katanya ketika ditemui dekat kediamannya di Rumah Pangsa Impian, Bandar Saujana Putra, semalam.

Sementara itu, Ketua Cawa­ngan Skuad Prihatin dan Si­nergi Perkeso, Ismail Hashim berkata, Jamaludin, 53, layak menerima faedah pencen ilat di bawah Skim Keilatan berjumlah RM2,480.83 sebulan.

“Jamaludin akan mula mene­rima bayaran pencen itu pada bulan hadapan sehingga akhir hayatnya. Di samping pencen, Perkeso turut menyumbangkan kerusi roda dan sekiranya kerusi roda yang diterimanya rosak, kita akan gantikannya dengan yang baharu.

“Selain itu, Perkeso turut me­nawarkan Jamaludin untuk menjalani sesi fisioterapi selama beberapa bulan dekat Pusat Rehabilitasi Tun Razak di Melaka bagi mempercepatkan proses penyembuhan anggota badannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN