Perhimpunan ‘rider’: Tiada permohonan diterima polis - Utusan Malaysia

Perhimpunan ‘rider’: Tiada permohonan diterima polis

Ketiadaan kerja mengikut kelulusan yang ada menyebabkan sebahagian graduan terpaksa memilih menjadi penghantar makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan berhubung perhimpunan kumpulan penghantar makanan di beberapa lokasi pusat beli-belah di ibu negara, hari ini.

Tular poster penghantar makanan itu didakwa akan berkumpul di 10 lokasi berbeza termasuk lima di ibu negara pada pukul 4 petang ini, sebelum mereka bergerak secara konvoi ke ibu pejabat syarikat penghantaran di Petaling Jaya, Selangor, untuk menyerahkan memorandum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk menganjurkan perhimpunan itu.

“Berdasarkan maklumat, lokasi perhimpunan di luar Kuala Lumpur, cuma mungkin ada kumpulan yang akan bermula di sini.

“Jadi nasihat saya kepada semua warga penghantar, patuhi peraturan dan undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam tular poster menunjukkan perkhidmatan penghantar makanan bakal mengalami gangguan selama 24 jam berikutan penghantar makanan merancang melaksanakan mogok kerana tidak puas hati terhadap syarikat pengendali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya