Penyokong gaduh: Kelantan FC buat laporan polis

Penyokong gaduh: Kelantan FC buat laporan polis

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan penyokong pada aksi menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Isnin lalu.

Pemangku Pengurus Operasi Kelantan FC, Mohd. Afiq Ab. Manaf berkata, laporan tersebut menunjukkan ketegasan pihaknya yang sama sekali tidak berkompromi dengan provokasi dicetuskan sekumpulan penyokong di kawasan stadium.

“Kami menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berkait dengan insiden berkenaan. Kami di Kelantan FC sentiasa menjaga ketenteraman semua penonton yang hadir ke stadium. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menerusi laporan itu, Kelantan FC turut melampirkan kronologi insiden provokasi penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV yang turut mengandungi pendedahan wujudnya kelompok penyokong digelar ‘Casual Perak’ yang didakwa memulakan provokasi tersebut.

Kejadian dikatakan bermula dengan hamburan kata-kata kesat sejurus selepas separuh masa kedua berlangsung serta kelompok penyokong tersebut mula memasuki stadium melalui Pintu I dan  melakukan provokasi.

Kelompok penyokong ‘Casual Perak’ turut didakwa memulakan provikasi untuk mencetuskan kekecohan kali kedua di kawasan sama sebaik sahaja tamat perlawanan sekali gus mula melemparkan bekas air plastik ke arah penyokong TRW.

Pihak keselamatan pasukan bersama pasukan polis kemudianmembawa masuk penyokong-penyokong Perak FC ke dalam kawasan padang atas faktor keselamatan dan mententeramkan keadaan tetapi kelompok penyokong ‘Casual Perak’ tetap melakukan provokasi.

Kelompok penyokong tersebut turut didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh, mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan FC.

Dua individu yang dikatakan ahli kelompok penyokong ‘Casual Perak’ turut ditahan polis kerana disyaki memulakan provokasi. Pihak keselamatan Kelantan FC bekerjasama dengan polis untuk memastikan penyokong Perak FC dapat pulang dengan selamat menaiki tiga bas dan sebuah van dengan diiringi tiga kenderaan peronda polis sehingga ke sempadan Kelantan-Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.