Penyelidik maut kenderaan 4x4 terbabas

Penyelidik maut kenderaan 4×4 terbabas

KEADAAN kemalangan yang berlaku di Kilometer 44, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran selekoh Felda Sungai Kelamah, Tampin, Negeri Sembilan, hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang penyelidik maut ketika dalam perjalanan bagi urusan kerjanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 44, Jalan Tampin-Gemas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Rafzuzaki Razali, 39, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Toyota Hilux milik IOI Group Research Centre Gemencheh di satu selekoh berhampiran Felda Sungai Kelamah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang memandu kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Gemencheh ke Segamat atas urusan kerja. Apabila sampai di satu selekoh berhampiran Felda Sungai Kelamah, keadaan jalan basah selepas hujan menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat  dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya