Penunggang motosikal maut langgar treler

Penunggang motosikal maut langgar treler

PENUNGGANG motosikal yang maut dalam nahas dengan treler tanpa muatan di Jalan Jelawai dekat Proton City, Tanjung Malim semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat Proton City di sini semalam.

Nahas itu mengorbankan mangsa, Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 keluar simpang dan melanggar sebuah treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 48 tahun.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak cedera. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya