Penunggang motosikal maut dirempuh lori 

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

KEADAAN mangsa maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori di Jalan Baru Dengkil-Salak Tinggi berhampiran Kota Warisan, Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seorang penunggang motosikal maut apabila dirempuh sebuah lori di Jalan Baru Dengkil-Salak Tinggi berhampiran Kota Warisan di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, lori dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun itu tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri masuk ke lorong jalan menghala ke Dengkil sebelum merempuh mangsa. 

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 datang dari arah Petronas Ampar Tenang menghala keluar ke Cyberjaya sebelum dirempuh lori berkenaan. 

“Siasatan juga mendapati, pemandu lori tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang maut berasal dari Kampung Sungai Sekkah, Nilai, Negeri Sembilan dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya