Pengurusan MAIPs perlu guna prinsip SMART

Pengurusan MAIPs perlu guna prinsip SMART

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai RM11,600 untuk diagihkan kepada 29 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Shahrani, Behor Lateh, Kangar, Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) perlu menggunakan prinsip ‘SMART’ dalam menetapkan usaha dan matlamat agensi itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, prinsip ‘SMART’ berkenaan adalah merangkumi ketepatan (spesific), boleh diukur (measureable), boleh dicapai (achieveable), realistik (realistic) dan masa terikat (time bound).

Titah baginda, semua kakitangan atau perkhidmat MAIPs juga diiingatkan agar dapat memahami dan berkongsi matlamat prestasi agensi itu yang telah dirancang untuk mencapai objektif ditetapkan.

“Setiap matlamat dan sasaran prestasi perlu diperjelaskan dan dipersetujui oleh Perkhidmat Majlis supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. 

“Oleh itu, pengurusan MAIPs hendaklah memastikan matlamat dan sasaran prestasi yang dipersetujui boleh dicapai, dilihat dan diukur,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai RM11,600 untuk diagihkan kepada 29 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Shahrani, Behor Lateh di sini hari ini.

Menerusi penyerahan itu, setiap kariah menerima bantuan RM400 yang akan diagihkan melalui amil masjid berkenaan, Mohizam Mohammad sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-18.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, satu pendekatan mengurus pekerja dalam organisasi juga amat diperlukan berikutan pengurusan prestasi adalah berfokuskan modal insan.

“la adalah mengenai bagaimana seorang atau sekumpulan individu bekerja bersama dan saling membantu untuk mencapai matlamat atau sasaran yang telah dipersetujui bersama.

“Seorang pentadbir atau ketua juga perlu memainkan peranan penting untuk membimbing dan memberi semangat kepada individu seliaannya bagi memastikan pencapaian matlamat dapat direalisasikan,” titahnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN