Pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin meninggal dunia

Pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin meninggal dunia

Chen Man Hin
CHEN MAN HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin, 98, meninggal dunia di rumahnya di sini pagi ini.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

“Ya mendiang meninggal dunia di rumahnya kira-kira pukul 5 pagi tadi.

“Suatu kehilangan besar buat DAP apatah lagi mendiang telah berkhidmat cukup lama buat parti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah itu menerusi akaun Facebooknya memaklumkan Man Hin merupakan pengasas DAP dengan keahlian bernombor 0000001.

“Pagi ini menerima khabar sedih, pemergian Dr. Chen Man Hin, Pengerusi Kebangsaan pertama DAP pada usia 98 tahun. Beliau adalah pengasas DAP dengan nombor keahlian 0000001,” katanya.

Man Hin merupakan Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan seterusnya dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.

Mendiang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang antara 1965 dan 1982 selain sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor dari 1969 sehingga 1974 dan Seremban dari 1974 sehingga 1982 dan pada 1983 sehingga 1990. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya