Penduduk resah, sampah tidak diangkut

Penduduk resah, sampah tidak diangkut

THEENATAYALAN Manoharah menunjukkan longkang yang tersumbat akibat dari akar pokok yang menjalar di dalamnya sambil diperhatikan Mohd. Najwan Halimi dekat Taman Mutiara Bukit Raja di Klang, Selangor. – Utusan/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bertahun penduduk di Taman Mutiara Bukit Raja tinggal dalam keadaan yang tidak terurus apabila pembersihan sampah tidak dilaksanakan dengan sempurna dan masalah saliran terbiar tanpa diselenggara.

Lebih mengecewakan, masalah tersebut sudah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain, tetapi, tiada maklum balas apatah lagi tindakan efektif diambil untuk menyelesaikannya.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mutiara Bukit Raja, M. Thenathayalan, tidak pernah melihat pemantauan dan tindakan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut.

“Pernah dalam bulan lepas, saya e-mel kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi lain, tetapi tidak ada satu pun maklum balas diberikan. Itu yang buat saya rasa macam apa sudah jadi, kenapa macam ini, kita bukan tak bayar cukai.

“Cukai tanah mereka hantar bil tepat pada masanya, apabila kita bayar lambat dikenakan tindakan. Tetapi, bila tengok perkhidmatan macam di sini, tidak ada seorang pun yang datang membantu,” katanya ketika ditemui.

Malah, beliau menambah kejadian banjir juga kerap berlaku terutama pada tahun ini apabila hujan lebat lebih sejam menyebabkan paras air naik lebih satu meter.

Jelas Thenathayalan, kejadian banjir dikenal pasti berpunca daripada longkang di kawasan perumahan tidak diselenggara serta pam air terbiar dilitupi pokok dan akar dipercayai menjalar sehingga merosakkan salirannya.

Sementara itu, pemerhatian Utusan Malaysia di sana mendapati keadaan peralatan di taman permainan terbiar rosak dan tidak diselenggara walaupun terdapat papan tanda menyatakan penyelenggaraan dilakukan tiga kali seminggu.

Malah, kawasan dengan 220 buah rumah itu juga berdepan dengan timbunan sampah yang dibiarkan bertahun-tahun tidak diangkut, selain bangkai-bangkai haiwan dibiarkan mereput. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya