Pendapatan garis kemiskinan dikemas kini awal tahun depan

Pendapatan garis kemiskinan dikemas kini awal tahun depan

Mustapa Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengemas kini pendapatan garis kemiskinan terkini awal tahun depan.

Kali terakhir nilai pendapatan garis kemiskinan dikemas kini adalah 2019 pada kadar RM2,208 sebulan berbanding RM980 sebulan pada 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jangkaan itu berdasarkan tinjauan pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan pada hujung Mac 2023.

Katanya, hasil tinjauan itu, kerajaan mengkaji dan menyediakan maklumat pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dan menyediakan statistik kemiskinan terutamanya kadar kemiskinan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.

“Tinjauan ini dilaksanakan selama setahun mulai Januari 2022 dan melibatkan seramai 92,000 isi rumah terpilih.

“Ia akan mengambil kira pendapatan, perbelanjaan, pola permintaan dan harga barangan serta perkhidmatan termasuk kesan kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam sesi jawab lisan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai perancangan kerajaan dalam membuat pengiraan semula nilai pendapatan garis kemiskinan dengan mengambil kira pendapatan, simpanan, pendidikan, kesihatan, dan dimensi lain rakyat setelah fasa peralihan ke endemik.

Setakat 31 Julai 2022, kira-kira 136,923 isi rumah adalah miskin tegar dan 308,699 isi rumah dalam kategori miskin, hasil data yang dikumpulkan berdasarkan sistem eKasih dengan kerjasama pejabat daerah dan kerajaan negeri.

Bagi pendapatan garis kemiskinan bagi miskin tegar pula adalah sebanyak RM1,169 sebulan pada 2019, dengan kadar kemiskinan mutlak adalah sebanyak 5.6 peratus dan miskin tegar adalah sebanyak 0.4 peratus pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya