Pemuda dalam perjalanan sertai program RXZ Members maut

Pemuda dalam perjalanan sertai program RXZ Members maut

KEADAAN mayat Mohd. Nazli Dasuki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 397.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang lelaki menyertai program RXZ Members 4.0 berakhir tragedi selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 397.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Ajil, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, Mohd. Nazli Dasuki, 40, dari Tanjong Karang, Selangor yang menunggang Yamaha RXZ meninggal dunia di lokasi kejadian setelah cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa bersama sekumpulan 19 buah motosikal RXZ dan empat pacuan empat roda memulakan perjalanan secara konvoi sekitar pukul 6 petang pada 11 Ogos dari Tanjung Karang, Selangor menuju ke Terengganu hadiri program RXZ Members 4.0 di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian mangsa terbabas sendirian. Kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang alami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya