Pemburu tertembak rakan semasa memburu babi hutan

Pemburu tertembak rakan semasa memburu babi hutan

Anggota polis dan penduduk kampung membawa keluar mayat mangsa dari tempat kejadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seorang warga emas berusia 64 tahun mati tertembak oleh rakan sekampungnya semasa memburu di kawasan perkuburan di Kampung Emperoh Giam, Kilometer 37 Jalan Borneo Heights semalam.

Mangsa, Gading Gambong, seorang bapa kepada empat orang anak dari Kampung Garung mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Kaum Kampung Emperoh Giam, Walliska Dengi, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh saudara mangsa pada jam 12:30 tengah hari.

Walliska dalam laporan untuk memaklumkan kejadian itu kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyatakan kes tertembak rakan sendiri ketika memburu itu berlaku di kawasan tanah perkuburan Kampung Emperoh Giam.

“Lebih kurang jam 12 tengah hari satu kumpulan pemburu seramai empat orang dari Kampong Emperoh Gerung telah menceroboh masuk kawasan tanah perkuburan Kampung Emperoh Giam untuk memburu dan seorang daripada mereka telah tertembak kawan sendiri semasa menghendap babi hutan di kawasan tersebut.

“Akibat daripada kejadian tersebut menyebabkan mangsa telah terkorban di tempat kejadian,” katanya.

Seterusnya mereka telah membuat laporan polis dan pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

“Saudara mangsa yang telah memaklumkan kepada saya tentang kejadian tersebut,” tambahnya.

Katanya, setelah pihak forensik PDRM membuat siasatan ke atas kes, mayat mangsa bersama tiga rakan yang lain telah dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 5.40 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN