Pemandu lori belanja RM11,000 sambut merdeka

Pemandu lori belanja RM11,000 sambut merdeka

ALAM Saidi Abdullah bersama motosikal Honda C70 yang diperagakan pada Program Pelancaran Bulan Kesenian dan Kebudayaan Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang pemandu lori pasir dari Bukit Payung, Besut, Terengganu sanggup berbelanja RM11,000 untuk mengubah suai dan menghias motosikal klasiknya bagi menzahirkan semangat cintakan tanah air sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65 pada 31 Ogos ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Alam Saidi Abdullah, 48, berkata, setiap kali tibanya bulan Ogos, motosikalnya dari jenis Honda C70 dihiasi dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang sebagai simbolik meraikan dan mengenang jasa-jasa pejuang terdahulu membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Katanya, selain itu dia turut mengeluarkan ‘duit poket’ sendiri bagi membeli Jalur Gemilang dan untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Ini adalah salah satu usaha yang saya lakukan bagi membangkitkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghargai nikmat kemerdekaan hasil perjuangan orang-orang terdahulu.

“Generasi hari ini perlu terus berusaha mengekalkan nikmati yang dikecapi itu supaya dapat diwarisi oleh anak cucu pada masa depan,” katanya pada Program Pelancaran Bulan Kesenian dan Kebudayaan Parlimen Pasir Puteh di sini, semalam.

Alam Saidi memberitahu, sebahagian hasil wang gaji membawa lori pasir disimpan khusus untuk membaiki dan menambah aksesori motosikal tersebut untuk kelihatan lebih menarik setiap kali tibanya bulan kemerdekaan.

Katanya, motosikal itu adalah satu-satunya bahan kempen bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara setiap tahun.

“Saya menyeru seluruh warga Malaysia marilah sama-sama kita semarakan hari kemerdekaan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah panji yang melambangkan kedaulatan negara,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya