Pekan akan terus dijaga - Wan Rosdy

Pekan akan terus dijaga – Wan Rosdy

WAN ROSDY Wan Ismail bersama Najib Tun Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menzahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya mendoakan Najib dan keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta kecekalan untuk menghadapi ujian yang cukup berat ini. 

“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan negeri Pahang serta negara ini di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar satu ketika dahulu.

“Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Rosdy berkata, perjuangan dan komitmen tidak berbelah bahagi Najib dalam mempertahankan UMNO dan membongkar penipuan serta putar belit pihak lawan sentiasa menjadi inspirasi pihaknya.

“Insya-Allah, Parlimen Pekan akan  terus dijaga, diurus tadbir dan diberi perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN