PDRM nafi dakwaan Meta mengenai ‘troll farm’

PDRM nafi dakwaan Meta mengenai ‘troll farm’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat akaun-akaun palsu dalam media sosial yang mempunyai kaitan dengan pasukan keselamatan berkenaan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya sama sekali tidak terlibat sebagaimana didakwa oleh Meta Platform Incorporated.

“PDRM menafikan kenyataan Meta Platform Incorporated yang mendakwa terdapat akaun-akaun palsu dalam media sosial yang mempunyai kaitan dengan agensi ini.

“PDRM Juga sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, syarikat konglomerat media, Meta, menyatakan bahawa ada kemungkinan campur tangan polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia kerana menjadi platform troll farm.

Istilah troll farm merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.

Laporan dari syarikat itu juga mengatakan bahawa, akaun-akaun itu dipercayai  dipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour – CIB), yang dipercayai berhubung kait dengan pasukan polis.

Sejumlah 596 akaun, 180 laman ‘Pages’ dan 11 ‘Group’ telah dipadam dari Facebook sementara 72 akaun telah ditutup dari Instagram kerana menjadi sebahagian daripada jaringan itu.

Laporan itu mendakwa jaringan itu berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di negara ini sebagai sasaran.

Tambahnya, kira-kira 427,000 akaun Facebook mengikuti satu atau lebih halaman terbabit dengan kira-kira 4,000 akaun mengikuti satu atau lebih kumpulan berkenaan dan hampir 15,000 akaun mengikuti satu atau lebih akaun Instagram yang dapat dikenal pasti.

Katanya, sejumlah USD6,000 (hampir RM26,740) dibelanjakan bagi iklan di Facebook dan Instagram, yang dibayar terutama dalam ringgit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya