Pasir Mas, Bachok jadi lokasi tumpuan buang kucing

Pasir Mas, Bachok jadi lokasi tumpuan buang kucing

DR. Che Azila Che Omar bersama kucing sihat yang dipamerkan di gerai pameran kucing sempena Program Selamatkan Kucing Jalanan di Bandar Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jajahan Pasir Mas dan Bachok, dekat ini menjadi lokasi tumpuan golongan tidak bertanggungjawab membuang kucing.

Mendedahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, pemilik Veterina Centre Kota Bharu,
Dr. Che Azila Che Omar berkata, ia hasil kajian pihaknya yang mendapati daerah Pasir Mas menjadi lokasi utama diikuti Bachok.

Katanya, terdapat hampir 100 ekor kucing dibuang di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas selain Pantai Irama, Bachok.

“Bagaimanapun, di kawasan pasar di daerah-daerah lain di negeri ini, kami mendapati terdapat kira-kira 40 ekor kucing jalanan.

“Tindakan membuang kucing di kawasan tumpuan awam adalah berserta dengan andaian bahawa haiwan itu mampu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mendapatkan sisa-sisa makanan terbuang,” katanya ketika ditemui pada Program Selamatkan Kucing Jalanan di Bandar Tok Janggut, di sini, semalam.

Che Azila memberitahu, lazimnya kucing-kucing itu mengharapkan ihsan orang ramai yang bermurah hati memberi makanan.

Namun, katanya, dari aspek kesihatan, haiwan itu terabai kerana kebanyakannya tidak mempunyai suntikan vaksin.

“Kami menjalankan kempen menyelamatkan kucing jalanan daripada penyakit dengan menggalakkan orang ramai yang membawa kucing jalanan untuk suntikan vaksin percuma mendapat tiga kilogram makanan kucing untuk haiwan itu yang dibela di rumah mereka.

“Kucing yang dibawa itu boleh dilepaskan selepas menerima suntikan manakala pembawa kucing perlu mendaftar sebagai ahli Kelab KBVC dalam kerjasama menunaikan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan kebajikan kucing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya