Pasangan warga emas rayu dibebaskan ketika dicekup berkhalwat

Pasangan warga emas rayu dibebaskan ketika dicekup berkhalwat

PASANGAN yang ditahan selepas dicekup berkhalwat termasuk sepasang warga emas berusia 60 tahun dalam operasi di sebuah hotel bajet di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tindakan merayu penguat kuasa agama agar dibebaskan bagi mengelak keluarga menanggung malu ketika dicekup berkhalwat adalah’drama biasa’ setiap kali serbuan mencegah kemungkaran maksiat dilakukan.

Namun, dalam kejadian terbaharu malam tadi, seorang warga emas lelaki berusia 60 tahun sanggup memeluk anggota penguat kuasa, manakala pasangannya yang sebaya dengannya bertindak memegang tangan anggota penguat kuasa semasa ditahan berkhalwat di sebuah hotel bajet di Padang Temusu, di sini.

Bagaimanapun, tindakan mereka tidak mendapat perhatian anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda apabila ditahan bersama empat pasangan remaja dalam satu operasi khas hasil maklumat daripada orang awam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, operasi terbabit dilakukan bersama Skuad Badar iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas pihaknya mendapat maklumat hotel bajet itu sering dikunjungi pasangan remaja untuk menginap.

“Semasa serbuan, kita  menahan pasangan remaja berumur 15 tahun hingga 21 tahun yang berdua-duaan di dalam beberapa buah bilik di situ.

“Turut ditahan ialah sepasang warga emas yang memberi pelbagai alasan termasuk sanggup memeluk anggota kita minta dilepaskan kerana tidak mahu perbuatan mereka diketahui keluarga ekoran telah mempunyai cucu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata Mohd. Noor, kesemua pasangan terbabit ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014.

“Kelima-lima pasangan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk proses dokumentasi dan memanggil waris untuk proses tindakan selanjutnya.

“Kita akan sentiasa melakukan intipan dan serbuan jika menerima maklumat berkaitan pasangan Islam yang menjadikan hotel murah untuk melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.