Pasangan suami isteri cedera MPV dihempap pokok tumbang

Pasangan suami isteri cedera MPV dihempap pokok tumbang

KEADAAN MPV dinaiki pasangan suami isteri yang dihempap sebatang pokok tumbang di Kampung Tok Bintang, Hulu Terengganu, semalam. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Kampung Tok Bintang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Hussin Omar dan Roslina Mohamad, masing-masing berusia 60 tahun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. 

Pasangan terbabit yang menaiki MPV jenis Naza Ria dalam perjalanan dari Serada, Kuala Terengganu menuju ke Kuala Berang untuk mengambil sayur. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA), Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.07 petang daripada orang awam. 

“Empat anggota digerakkan ke lokasi sejurus terima panggilan yang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam kenderaan setelah dihempap sebatang pokok tumbang melintang jalan laluan Tanggol-Kuala Berang. 

“Mangsa bagaimanapun dibantu orang awam keluar dari kenderaan. Anggota bertugas turut menjalankan operasi membersihkan pokok dan operasi tamat pukul 5.36 petang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Tambah beliau, kejadian berlaku sewaktu hujan dan angin kencang hingga menyebabkan pokok tersebut tumbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya