Operasi SAR dua lagi nelayan diteruskan hari ini

Operasi SAR dua lagi nelayan diteruskan hari ini

ANGGOTA Maritim Malaysia mengusung mayat salah seorang nelayan yang ditemukan lemas di perairan Pulau Redang, Kuala Terengganu, semalam. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa bot nelayan karam yang masih hilang di perairan Pulau Redang di sini dibantu oleh enam anggota penyelam.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata,  kehadiran anggota penyelam itu diharap dapat menemukan dua nelayan terbabit iaitu Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, yang berasal dari Kelantan.

Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menggerakkan aset bot KM Bagahak untuk membawa enam penyelam tersebut di sekitar lokasi kejadian pagi ini.

“Seawal pukul 7 pagi, ops SAR telah dimulakan dan sektor pencarian turut diperluaskan kepada 169.4 batu nautika persegi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang ialah Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49.

Selain itu, beliau memberitahu, operasi itu juga melibatkan sebuah pesawat milik Maritim Malaysia serta dibantu bot Jabatan Perikanan, polis dan bot nelayan tempatan dengan keseluruhan kekuatan 77 anggota.

Pada Isnin lalu, sebuah bot nelayan yang membawa lima lelaki dan seorang tekong dari Kelantan karam di perairan Pulau Redang akibat dipukul ombak dalam kejadian ribut pada 10 malam.

Setakat semalam, tiga nelayan ditemukan lemas di perairan Pulau Redang dan dua lagi masih hilang.

Sementara itu, seorang lagi mangsa pula terselamat dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya