Op Premis Bersih, 22 notis abai kebersihan dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Premis Bersih, 22 notis abai kebersihan dikeluarkan

TUMPAHAN makanan yang tidak dibersihkan antara kesalahan yang dikesan dalam Op Premis Bersih peringkat SPT yang dijalankan di tiga lokasi berbeza di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak tujuh premis makanan diperiksa dengan 22 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dalam Op Premis Bersih peringkat daerah Seberang Perai Tengah (SPT), semalam.

Operasi oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (UKKM PKDSPT) itu memfokuskan tiga lokasi utama iaitu di sekitar Jalan Permatang Rawa, Kubang Semang dan Bandar Perda, di sini.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan memberitahu, antara kesalahan yang dikesan dalam operasi tersebut termasuk di bawah Peraturan 11(2) iaitu menggaji pengendali makanan tanpa suntikan anti-tifoid dan latihan pengendalian makanan.

Turut dikesan katanya, adalah kesalahan di bawah Peraturan 32(3) iaitu tidak memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap ketika mengendalikan makanan.

“Kesalahan lain yang turut dikesan ialah di bawah Peraturan 33(2) iaitu memakai perhiasan diri semasa mengendalikan makanan selain kesalahan di bawah Peraturan 34(2) iaitu tidak mengekalkan premis dalam keadaan bersih.

“Jumlah keseluruhan tawaran kompaun di atas kesalahan-kesalahan ini pula ialah sebanyak RM8,650,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengusaha premis makanan untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan bersih setiap masa selain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Difahamkan, operasi berkenaan disertai oleh lapan anggota penguat kuasa dari perjawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di PKDSPT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.