Nancy Pelosi melawat Malaysia - Utusan Malaysia

Nancy Pelosi melawat Malaysia

NANCY Pelosi (tiga dari kanan) mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin negara sempena kunjungan rasmi ke Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mengadakan lawatan sulung rasminya ke Malaysia yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke negara-negara Asia.

Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura semalam sebelum berlepas ke Korea Selatan dan Jepun.

Terdahulu, Pelosi selaku pemimpin nombor tiga dalam senarai pengganti Presiden AS dan satu-satunya wanita sebagai Speaker Dewan AS tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pagi ini.

Beliau kemudian mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Haron di Bangunan Parlimen.

Kunjungan Pelosi itu kemudian diteruskan dengan sesi perbincangan bersama ahli-ahli Dewan Rakyat yang merangkumi isu perubahan dan krisis iklim, perdagangan, pemerdagangan manusia, reformasi institusi dan hak asasi manusia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya