MoU mampu perkukuh kerjasama menyelamat di sempadan

MoU mampu perkukuh kerjasama menyelamat di sempadan Malaysia – JBPM

MOHAMMAD Hamdan Wahid (tengah) semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melihat kerjasama antara negara-negara sempadan mampu diperkukuhkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan tugas-tugas menyelamat dengan agensi berkaitan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, bagaimanapun kerjasama secara tidak bertulis di kawasan sempadan sudah wujud sejak sekian lama dahulu.

Menurutnya, setiap kali insiden lemas berlaku di Sungai Golok yang merupakan kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, JBPM akan mengerahkan anggota dan eset untuk membantu.

“Begitulah sebaliknya, jika melibatkan rakyat tempatan pasukan menyelamat negara jiran akan turun padang membantu.

“MoU itu sudah dirangka supaya kerjasama antara negara-negara sempadan ini berjalan secara formal menerusi satu ikatan yang kukuh,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan, di sini hari ini.

Mohammad Hamdan memberitahu, JBPM menjangkakan awal tahun hadapan sudah ada satu kerjasama strategik secara berdokumentasi dapat diwujudkan.

Katanya, selain Thailand kerjasama ini turut melibatkan Singapura, Brunei dan Indonesia yang bersempadan dengan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN