Mohd. Shafie menang tanpa tanding, kekal Presiden Warisan

Mohd. Shafie menang tanpa tanding, kekal Presiden Warisan

SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Warisan (Warisan) sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ini.

Pencalonan yang ditutup pada 7 Ogos lalu tidak menyaksikan pertandingan bagi jawatan Presiden serta dua lagi jawatan tertinggi lain iaitu timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua berkata, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden tidak memperlihatkan pertandingan kerana tiada calon lain ingin merebut tiga jawatan tertinggi di dalam parti.

Selain Mohd. Shafie, Datuk Darell Leiking juga dikekalkan sebagai Timbalan Presiden manakala, Naib-naib Presiden ialah Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun.

Terrence menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Peter Anthony yang keluar daripada Warisan pada Disember tahun lalu bagi membentuk parti baharu.

“Jawatan Ketua Wirawati turut menang tanpa bertanding maka, Isnaraissah Munirah Majilis dikekalkan.

“Namun, jawatan Ketua Wira akan memperlihatkan persaingan tiga calon kerana Datuk Mohd. Azis Jamman tidak berhasrat mengekalkan jawatan itu,” katanya selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (ATM) di Ibu Pejabat Warisan hari ini.

Loretto berkata, jawatan-jawatan lain akan dipertandingkan, ia termasuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang memperlihatkan 50 calon bertanding bagi mengisi 20 jawatan AMT.

Bagi jawatan yang dilantik pula, ia termasuk setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan, dua naib Presiden lantikan serta 11 AMT lantikan.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Warisan akan diadakan pada 26 dan 27 Ogos ini di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, mesyuarat tahunan di dua bahagian iaitu di Lahad Datu dan Kota Marudu terpaksa digantung susulan kekecohan yang berlaku yang membabitkan pergeseran dua pihak.

Justeru, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memutuskan kedua-dua bahagian ini digantung sementara menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Sementara itu, mesyuarat bahagian Beaufort akan diadakan selepas AGM Warisan kerana mereka masih belum mengadakan mesyuarat bahagian.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, masalah yang berlaku itu tidak akan menjejaskan kedudukan parti kerana sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pihak yang kalah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.