Melaka kawal perbelanjaan, aliran tunai

Melaka kawal perbelanjaan, aliran tunai

RAHMAD Mariman bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran dan Pelancaran Tabung Hari Pahlawan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan menyusun semua program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, langkah itu penting bagi memastikan program yang memfokuskan kesejahteraan rakyat tidak terjejas.

Tegas beliau, perbelanjaan kerajaan negeri seharusnya terarah untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Ingin saya tegaskan adalah berkaitan dasar atau garis panduan penjimatan perbelanjaan awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Berdasarkan garis panduan ini, kita hendaklah menyusun semua program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan

“Sehubungan itu, saya mahukan semua penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka memberi perhatian terhadap langkah-langkah pengurangan perbelanjaan termasuk pembaziran dalam keadaan ekonomi semasa bagi memastikan peruntukan yang diluluskan mencukupi untuk memenuhi perkhidmatan teras.

“Saya mohon ketua-ketua jabatan memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya untuk mematuhi penjimatan ini serta bersama menjayakan usaha kerajaan negeri mengawal perbelanjaan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran dan Pelancaran Tabung Hari Pahlawan di Seri Negeri di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Dalam pada itu, mengenai Tabung Hari Pahlawan, Rahmad ketika sidang akhbar berkata, kutipan setakat ini berjumlah RM150,000.

Katanya, kutipan itu sebagai tanda menghargai jasa pahlawan negara yang menjaga keselamatan dan keamanan tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN