Melaka catat 33 calon cemerlang STPM 2021 - Utusan Malaysia

Melaka catat 33 calon cemerlang STPM 2021

ROSNI Leman (berdiri empat dari kanan) bergambar bersama 17 pelajar cemerlang Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah pada majlis apresiasi keputusan STPM 2021 di Tanjung Kling, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 33 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri ini mendapat keputusan cemerlang dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Rosni Leman berkata, pencapaian itu membolehkan Melaka mencatat gred purata negeri (GPN) sebanyak 2.85 mata.

Kata beliau, jumlah mata itu sama seperti direkodkan pada STPM 2020, namun sudah cukup mengatasi gred purata nasional 2.79 mata.

“Seramai 1,131 calon hadir menduduki STPM 2021. Peratusan calon lulus penuh dalam empat dan lima mata pelajaran adalah 99.03 peratus, menurun sedikit berbanding STPM tahun sebelumnya.

“Dari 17 buah sekolah yang mengambil peperiksaan STPM, sebanyak 11 sekolah mencatatkan lulus semua mata pelajaran. Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah muncul sebagai sekolah paling ramai pelajar cemerlang dengan 17 pelajar mendapat PNGK 4.00,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman keputusan STPM 2021 di sini hari ini.

Tambah Rosni, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi prestasi lulus penuh berbanding 2020.

Menurutnya, antara mata pelajaran itu adalah bahasa Arab, bahasa Cina, matematik, ekonomi, kimia dan sejarah.

“Bagaimanapun, 14 mata pelajaran lain menunjukkan penurunan seperti perakaunan, bahasa Melayu, seni visual, sains sukan dan pengajian am,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya