PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)akan membuka kaunter bergerak sepanjang bulan OGOS 2022. Inisiatif ini merupakan usaha dan langkah pihak Majlis untuk mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat terutamanya pada waktu puncak.
Di samping itu, kaunter bergerak ini juga dapat memberi kemudahan kepada orang awam untuk hadir ke kaunter bergerak yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka tanpa perlu hadir ke kaunter utama Majlis.
Sebagai makluman, antara kawasan-kawasan yang akan dilawati sepanjang bulan OGOS ini adalah seperti berikut:

Manakala operasi kaunter utama MBPJ sepanjang bulan Ogos 2022 pula adalah seperti berikut:

Walau bagaimanapun, para pelanggan adalah digalakkan untuk terus melaksanakan urusan secara atas talian. Inisiatif ini merupakan salah satu kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan dengan Majlis kerana setiap transaksi yang dilakukan tidak terhad pada waktu pejabat sahaja dan selain ia dapat menjimatkan kos.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau kunjungi laman sosial MBPJ (Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter& Instagram: @pjcitycouncil. – UTUSAN










