Mayat seorang lagi dipercayai nelayan hilang ditemukan

Mayat seorang lagi dipercayai nelayan hilang ditemukan

ANGGOTA Maritim Malaysia mengusung mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada dua nelayan yang masih hilang ditemukan perairan Pulau Redang, Kuala Terengganu, hari ini.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada dua nelayan yang masih hilang akibat tragedi bot karam sejak Isnin lalu, ditemukan di perairan Pulau Redang di sini, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, mayat lelaki itu ditemukan terapung oleh nelayan tempatan kira-kira 9.4 batu nautika ke utara Pulau Redang kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, pegawai dan anggota kapal peronda KM Bagahak kemudian dikerah ke lokasi penemuan mayat itu sebaik sahaja pihaknya menerima maklumat.

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti.

“Proses memindahkan mayat ke kapal selesai dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dan sedang dalam perjalanan dibawa ke jeti Maritim di Pulau Kambing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa iaitu Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66, terpaksa dihentikan setelah tiada petunjuk baharu ditemukan.

Sementara itu, tiga mayat yang disahkan sebagai Saludin Ismail, 50, Ahmad Nazri Ishak, 48 dan Zulkifli Umar, 48, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada Rabu. Setakat ini, hanya seorang awak-awak iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat dalam tragedi terbabit.

Utusan Malayska sebelum ini melaporkan, enam nelayan termasuk seorang tekong hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam dalam kejadian ribut di perairan Pulau Redang pada pukul 10 malam, Isnin lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya