Mayat pemandu Grab ditemukan dalam but kereta

Mayat pemandu Grab ditemukan dalam but kereta

NOOR DELLHAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu Grab ditemukan maut di dalam but sebuah kereta di Jalan Tugu dekat sini, semalam.

Susulan penemuan mayat lelaki berusia 41 tahun itu kira-kira pukul 6.40 pagi, tujuh warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka ditahan terdiri lima lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 26 tahun selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa.

“Hasil maklumat diperoleh, kita pada mulanya telah menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 20 hingga 24 tahun pada 12.45 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Berpandukan soal siasat, kurang daripada empat jam kemudian pihaknya menahan dua lagi suspek iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambah Noor Dellhan, motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman ke atas kesemua warga asing itu akan dibuat esok, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya