Mayat kanak-kanak lemas berusia 12 tahun ditemukan sempurna

Mayat kanak-kanak lemas berusia 12 tahun ditemukan sempurna

MAYAT kanak-kanak berusia 12 tahun diangkat bagi tujuan pengecaman dan pengesahan ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis dan hospital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWAS: Mayat kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas dalam keadaan sempurna dan tiada kesan gigitan buaya.

Mangsa, Nabil Suhaili 12 tahun ditemukan oleh anggota Jabatn Bomba dan Penyelamat serta apasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas di Sungai Sundar, Lawas pada jam 9.28 pagi tadi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata mangsa berasal dari Kampung Tanjong Katong, Sundar ditemui pada jarak 700 meter dari lokasi hilang dengan menggunakan teknik pencarian di tebingan hilir sungai sundar berkenaan.

“Ketika ditemui oleh pasukan penyelamat, keadaan mayat mangsa yang lemas masih dalam keadaan sempurna dan tiada kesan gigitan buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya dinaikkan dengan menggunakan bot fiber bomba dan disahkan oleh ahli keluarga merupakan kanak-kanak yang hilang,” katanya.

Jelasnya lagi, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan petugas kesihatan hospital bagi tujuan tindakan selanjutnya.

Berdasarkan kronologi laporan hilang, mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Tanjong Katong, Sundar pada ahad lalu sekitar jam 3.10 petang bersama lima rakan-rakannya.

Bagaimanapun, lima daripada rakan-rakannya lain tersebut selamat dalam insiden tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya