Maxis tawar internet percuma di kondominium Admiral Residences

Maxis tawar internet percuma 5 tahun di kondominium Admiral Residences

MOHAMMAD Mentek (tengah) menyaksikan perjanjian persefahaman MoU di antara Maxis dan Tanjung Ratna Sdn Bhd di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 penduduk Admiral Residences di Melaka bakal menikmati sistem kemudahan jalur lebar gentian berkelajuan tinggi dan ditawarkan percuma selama lima tahun.

Fasiliti internet tersebut bakal dipasang penyedia penyelesaian konvergen terkemuka, Maxis yang dilantik oleh pemaju projek kediaman berstrata mewah itu, Tanjung Ratna Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana Maxis, Kevin Lee, pembangunan sistem itu dijangka menjadi kondominium pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan ini.

 “Kami berbesar hati dilantik sebagai rakan kongsi dan kemudahan sebegini amat penting bagi memenuhi trend gaya hidup pengguna semasa,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

 Terdahulu beliau memeterai memorandum persefahaman dengan pemaju itu yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohammad Mentek.

 Tanjung Ratna Sdn. Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Julian Lau. Projek itu dibangunkan di kawasan seluas hampir lima hektar di Kota Laksamana, Bandar Raya Melaka.

 Ia terletak dua kilometer dari pusat bandar dengan pembangunan terdiri daripada empat blok setinggi 27 tingkat yang bakal menempatkan sejumlah 1,440 unit rumah harga mampu milik.

 Mengulas lanjut, Kevin berkata, salinghubungan ini akan diberikan secara percuma selama tempoh 60 bulan menerusi perkhidmatan 1.5 Gigabit setelah penghuni itu berpindah masuk.

 “Kami amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia menerusi rangkaian menyeluruh Maxis terutama pengguna yang amat bergantung kepada internet pantas,” kata beliau lagi.

 Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna, Allan Chee berkata, mereka turut memasang panel solar di atas bumbung semua blok dengan pelaburan yang bernilai RM5 juta.

 Inisiatif sejajar teknologi hijau itu bakal memberi penjimatan perbelanjaan bil elektrik kepada semua penghuni sehingga RM400,000 setahun serta mengurangkan caj penyelenggaraan.

 Usaha itu juga ujar beliau, mampu menjana lebih 720,000 kilowatt sejam dan pembeli bakal menikmati caj tenaga yang lebih rendah dengan penjimatan kira-kira RM30 pada setiap bulan.

 Selain itu, penghuni akan menikmati pelbagai bil air, cukai taksiran harta dan pintu serta yuran pengurusan lebih murah kerana ia dimajukan di tanah komersial ditukar kepada kediaman.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.